Thursday, January 27, 2011

Jodoh Dan Pertemuan Di Tangan Tuhan



Apakah maksud sebenar jodoh dan pertemuan di tangan tuhan? Dan bolehkah kita mengubahnya? Adakah pilihan ibubapa itu tepat dan adakah doa yang ibu pohonkan supaya anaknya menerima jodoh tersebut dimakbulkan oleh ALLAH? Dimanakah syurga seorang wanita, pada ibunya atau pada suaminya? Sebagai wanita siapakah yang lebih utama, ibunya atau suaminya?

Jawapannya: 
Memang diakui jodoh dan pertemuan itu adalah di tangan Tuhan. Bagamanapun kata-kata ini tidak boleh difahami secara umum begini, sebaliknya ia memerlukan huraian yang jelas, kerana ia mempunyai hubungan erat dengan qada' dan qadar Allah. Seseorang perempuan yang tidak di sangka-sangka dipinang orang kemudian berkahwin dan perkahwinannya kekal sehingga ke anak cucu. Itulah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Begitu juga seorang yang sudah lama bercinta dan berjanji untuk untuk berkahwin namun mereka gagal berkahwin, juga dikatakan sebagai jodoh pertemuan itu di tangan tuhan.
    Bagaimanapun seseorang itu tidak boleh menyerah bulat-bulat kepada kaedah ini. Jangan hendaknya kerana jodoh pertemuan itu di tangan tuhan maka mereka tidak berusaha untuk mencari jodoh, sebaliknya mengambil sikap menunggu sahaja. Ini jelas satu prinsip hidup yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kita dikehendaki berusaha selaras dengan ajaran-ajaran Islam yang Maha Suci, tetapi kita juga hendaklah menyerahkan kejayaan usaha kita itu kepada Allah S.A.W. Setelah berusaha tetapi jodoh tidak ditemui juga barulah boleh kita mengatakan jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan.
    Dengan lain perkataan jodoh dan pertemuan yang berbentuk umum itu boleh diubah dengan usaha yang kita lakukan, kerana tidak tidak seorangpun yang dilahirkan sudah mengetahui jodoh dan pertemuannya. Sehubungan dengan usaha yang berterusan selaras dengan syariat mesti dilakukan. Pilihan orang tua atau ibubapa untuk anak mereka tidak semestinya tepat, tetapi kebiasaannya ibubapa tidak akan memilih pasangan yang tidak baik untuk anak kesayangan mereka. Sebolehnya diusahakan mendapatkan pasangan yang baik kecuali mereka yang hidupnya bergelumang dengan kepentingan duniawi. Di kala itu ia akan mengutamakan kepentingan perut dari kebahagiaan rumahtangga anaknya.
    Soal permohonan ibubapa untuk menemukan jodoh anaknya adalah satu kerja yang baik. Biasanya doa kedua ibubapa adalah doa yang mudah diperkenankan oleh Allah. dan jika Allah kehendaki Ia akan memakbulkan permohonan itu. Tidak mustahil, kerana itu anak-anak disuruh menaruh sangka baik kepada doa ibubapa mereka. Bagamanapun ibubapa tidak boleh mengharapkan doa semata-mata, sebaliknya mereka juga perlu bergerak untuk mencari jodoh untuk anaknya. Jika anaknya sudah mempunyai kenalan yang berkenan di hati di mana perwatakan pasangannnya baik menurut kacamata syara' dan tidak apa yang kurang, di masa itu elok diterima sahaja pasangan yang sudah sekufu ini.
    Dari sudut ketaatan pula seorang anak perempuan dikehendaki taat kepada kedua ibubapanya selagi ia belum berkahwin dan selagi perkara yang diperintahkan itu tidak berbentuk maksiat. Tetapi setelah ia berkahwin ketaatan berubah kepada suaminya sepenuhnya. Dengan lain perkataan syurga seseorang perempuan itu sebelum berkahwin bergantung kepada ketaatan kepada kedua ibu bapa selain dari amalan-amalan wajib yang lain, dan setelah berkahwin bergantung kepada keredhaan suaminya dan tidak dalam perkara yang berbentuk maksiat. 

Artikel daripada http://muslimonline.multiply.com

Wednesday, January 26, 2011

"20 Fakta Menarik Tentang Islam"

Berikut ada beberapa fakta menarik tentang Islam:

1) Tahukah anda nama yang paling banyak digunakan di dunia adalah "Muhammad".

2) Albaniah merupakan satu-satunya mempunyai 90% penduduk yang beragama Islam.

3) Perkataan-perkataan berikut berasal dari bahasa Arab:
  • algebra
  • zero
  • cotton
  • sofa
  • rice
  • candy
  • balcony
  • safron
  • alcohol
4) Beberapa ayat yang terdapat dalam Al-Quran menggambarkan pentingnya persamaan antara hak lelaki dan wanita(secara perhitungan matematik). Kata 'lelaki' dan 'wanita' dalam Al-Quran sama-sama berjumlah 24.

5}Islam merupakan pertumbuhan agama yang paling cepat di dunia dan dijangkakan akan menjadi agama nombor satu di dunia pada tahun 2030.

6) Jika Al-Quran sekarang dihancurkan, maka versi Arab dari Al-Quran akan segera di'recover' oleh jutaan muslim, yang disebut "Huffaz" yang telah menghafalkan kata-kata dalam Al-Quran dari mula sehingga akhir ayat.

7) Pemeluk Islam bertambah 2.9% setiap tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setiap tahun.

8) Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat dianggarkan 15,000 orang islam yang berkhidmat dalam US Militari (Stats 1997).

9) Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setelah peristiwa 9/11.

10) Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi.

11) Al-Quran merupakan satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal oleh jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al-Quran) sehingga keaslian dan kesuciannya selalu terjaga..

12) Para astronault telah menemukan bahawa planet bumi itu mengeluarkan semacam yang radiasi berpusat di Kota Mekah, tempatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti(tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karekteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

13) Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeza satu dengan yang lain, maka Al-Quran hanya ada satu dan tiada pertentangan di dalamnya. (Sumber : http://www.indomp3z.us/archive/index.php/t-88731.html)

14) Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah "Ummatii...ummatii...ummatii" yang mengungkapkan betapa besarnya cinta Baginda terhadap umatnya.

15) Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. menghadap Masjidi Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.

16) Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita oleh kaum muslimin, yakni perang uhud.

17) Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Quran, sedangkan Maryam adalah satu-satunya nama perempuan dalam Al-Quran.

18) Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim, Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19) Hajar Aswad iu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih dari susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitram.

20) Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina dan Ar Razi(kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dan ratusan cendekiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.