Beranilah. . .
Jadilah seorang pemberani yang berhati teguh dan berjiwa kuat. Anda memiliki semangat dan tekad. Jangan sekali-kali anda termakan oleh isu-isu yang tidak benar.
Tuluskan Tauhid. . .
Tuluskan tauhid anda untuk Allah agar hati terbuka. Sejernih mana tauhid anda dan sebersih mana keikhlasan anda maka sejernih dan sebersih itu pulalah kebahagiaan anda.
Amalan. . .
Amalan soleh seorang ibu amat mempengaruhi setiap watak dan peribadi anak yang bakal dilahirkan.
Senyum. . .
Ikatan kelembutan adalah ikatan yang mengagumkan. Ia adalah sihir yang halal. Jika didalam Islam ada sihir yang halal maka ia adalah senyuman.
Ilmu. . .
Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu kerana hendak menandingi ulama dan bermegah kepada orang bodoh, hendaklah ia menyediakan tempatnya didalam neraka.
Semangat. . .
Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang.
Erti Hidup. . .
Carilah bahagian kehidupan di dunia ini dengan sempurna agar hidup lebih bermakna dan mampu meraih syiar agama.
No comments:
Post a Comment