Apakah maksud sebenar jodoh dan pertemuan di tangan tuhan? Dan bolehkah kita  mengubahnya? Adakah pilihan ibubapa itu tepat dan adakah doa yang ibu  pohonkan supaya anaknya menerima jodoh tersebut dimakbulkan oleh ALLAH?  Dimanakah syurga seorang wanita, pada ibunya atau pada suaminya? Sebagai  wanita siapakah yang lebih utama, ibunya atau suaminya?
Jawapannya: 
Memang diakui jodoh dan pertemuan itu adalah di tangan Tuhan.  Bagamanapun kata-kata ini tidak boleh difahami secara umum begini,  sebaliknya ia memerlukan huraian yang jelas, kerana ia mempunyai  hubungan erat dengan qada' dan qadar Allah. Seseorang perempuan yang  tidak di sangka-sangka dipinang orang kemudian berkahwin dan  perkahwinannya kekal sehingga ke anak cucu. Itulah yang dikatakan jodoh  pertemuan di tangan Tuhan. Begitu juga seorang yang sudah lama bercinta  dan berjanji untuk untuk berkahwin namun mereka gagal berkahwin, juga  dikatakan sebagai jodoh pertemuan itu di tangan tuhan.  
     Bagaimanapun seseorang itu tidak boleh menyerah bulat-bulat kepada  kaedah ini. Jangan hendaknya kerana jodoh pertemuan itu di tangan tuhan  maka mereka tidak berusaha untuk mencari jodoh, sebaliknya mengambil  sikap menunggu sahaja. Ini jelas satu prinsip hidup yang bercanggah  dengan ajaran Islam. Kita dikehendaki berusaha selaras dengan  ajaran-ajaran Islam yang Maha Suci, tetapi kita juga hendaklah  menyerahkan kejayaan usaha kita itu kepada Allah S.A.W. Setelah berusaha  tetapi jodoh tidak ditemui juga barulah boleh kita mengatakan jodoh dan  pertemuan itu di tangan Tuhan.      Dengan lain perkataan jodoh  dan pertemuan yang berbentuk umum itu boleh diubah dengan usaha yang  kita lakukan, kerana tidak tidak seorangpun yang dilahirkan sudah  mengetahui jodoh dan pertemuannya. Sehubungan dengan usaha yang  berterusan selaras dengan syariat mesti dilakukan. Pilihan orang tua  atau ibubapa untuk anak mereka tidak semestinya tepat, tetapi  kebiasaannya ibubapa tidak akan memilih pasangan yang tidak baik untuk  anak kesayangan mereka. Sebolehnya diusahakan mendapatkan pasangan yang  baik kecuali mereka yang hidupnya bergelumang dengan kepentingan  duniawi. Di kala itu ia akan mengutamakan kepentingan perut dari  kebahagiaan rumahtangga anaknya.  
    Soal permohonan ibubapa  untuk menemukan jodoh anaknya adalah satu kerja yang baik. Biasanya doa  kedua ibubapa adalah doa yang mudah diperkenankan oleh Allah. dan jika  Allah kehendaki Ia akan memakbulkan permohonan itu. Tidak mustahil,  kerana itu anak-anak disuruh menaruh sangka baik kepada doa ibubapa  mereka. Bagamanapun ibubapa tidak boleh mengharapkan doa semata-mata,  sebaliknya mereka juga perlu bergerak untuk mencari jodoh untuk anaknya.  Jika anaknya sudah mempunyai kenalan yang berkenan di hati di mana  perwatakan pasangannnya baik menurut kacamata syara' dan tidak apa yang  kurang, di masa itu elok diterima sahaja pasangan yang sudah sekufu ini.   
    Dari sudut ketaatan pula seorang anak perempuan dikehendaki  taat kepada kedua ibubapanya selagi ia belum berkahwin dan selagi  perkara yang diperintahkan itu tidak berbentuk maksiat. Tetapi setelah  ia berkahwin ketaatan berubah kepada suaminya sepenuhnya. Dengan lain  perkataan syurga seseorang perempuan itu sebelum berkahwin bergantung  kepada ketaatan kepada kedua ibu bapa selain dari amalan-amalan wajib  yang lain, dan setelah berkahwin bergantung kepada keredhaan suaminya  dan tidak dalam perkara yang berbentuk maksiat. Artikel daripada http://muslimonline.multiply.com


mohon share ye..
ReplyDelete